Tuesday, March 20, 2018

PART 5 : TURKI TRIP WITH FAMILIA


IHLARA VALLEY

24 JANUARY 2018  ( Cappadokia Part 2)

                                                      Gambar Lembah IHLARA
Mak Iti Copyright

    Lembah Ihlara (sering salah di eja :--> Lembah Ilhara), berhampiran Gunung Hasan dan Gunung Melendiz (dua daripada tiga gunung berapi Cappadocia) adalah lembah dengan kedalaman kira-kira 100m dan dibentuk oleh Sungai Melendiz beribu tahun yang lalu. Ia bermula di kampung Ihlara dan berakhir dengan Biara Selime di kampung Selime setelah menempuh 26 selekoh sepanjang 14 kilometer. Adalah dipercayai bahawa lembah ini menempatkan lebih dari empat ribu tempat tinggal dan gereja seratus gua yang dihiasi dengan lukisan dinding. Sekitar lapan ribu orang pernah tinggal di Lembah Ihlara.

Signboard ni sempat Mak Iti snap masa dh turun ke lembah Ihlara

    Terdapat 4 pintu masuk ke lembah Ihlara. Yang pertama adalah pada permulaan lembah di Kampung Ihlara. Yang kedua membuka ke kilometer 4 lembah dan ia adalah pintu masuk yang paling popular, dan mempunyai lebih daripada 300 langkah ke lembah. Pintu ketiga adalah kampung Belisirma yang membolehkan anda memasuki lembah dengan memandu. Ia terletak di tengah (7 km) lembah. Jika anda akan melawat lembah dengan kereta anda, ini adalah tempat terbaik untuk meletak kereta anda. Belisirma juga mempunyai beberapa restoran oleh Melendiz River untuk makan siang. Kebanyakan lawatan berpandu berakhir mereka berjalan di sini selepas makan tengahari. Pintu terakhir adalah akhir lembah di Biara Selime. Beberapa lawatan trekking yang berjalan di seluruh lembah bermula dari hujung ini. Bahagian terbaik lembah adalah bahagian 7km pertama dari Kampung Ihlara hingga Kampung Belisirma di mana anda dapat melihat kebanyakan gereja dan keindahan alam – Sumber Wiki 

    Okay harini Mak Iti akan ceritakan pengalaman kami utk menjejaki IHLARA VALLEY ni. Dan perkara paling mencabar ialah kami nak drive sendiri ke sana. Kalau anda mengingkuti Green tour harga seorang lebih kurang Euro 40 atau lebih.. (harga boleh berubah ikut musim dan bilangan ahli group) Makanya Mak Iti memang tak tahu lebih lanjut tentang tour ni, anda boleh mengambil tour ni dari hotel yg anda tinggal atau search ja awal2.
   
   Back to my story… pagi2 kami mestila breakfast dulu since pakej penginapan kami sekali dgn breakfast…rugikan kalau tak makan.. jadilah utk lapik perut tu… Erm.. kami macam biasa siap awal..Gelap lagi masa ni.. walaupun dah pukul 7.. kami keluar sat p tengok keta.. hah cermin dah sedikit beku (excited hahaha)
Gigih AdikMat nk cuci salji kat cermin keta 

Cermin belakang pulak



                                     

                                Video check keta pagi2


   Breakfast tak siap lagi daaa…so sementara menunggu breakfast kita posing la sat dulu kan…
Suasana awal pagi sekitar hotel

Jugak belum banyak salji hehe



Kawasan belakang Hotel dah sedikit2 bersalji



                              Gambar posing kami ..


Budak ni pun sejuk tp nak main camera haha

Sejuk .. dok tunggu breakfast 

   Okay.. jam 8am baru breakfast room di buka.. fuh legaaa panas sikit dalam ni… Menikmati pelbagai jenis roti dan cereal .. tiada nasi lemak , roti canai dan sebagainya ya hahaha tapi tak menjadi masalah pun makan ja laaa kan
     


Makan Chekut ja ka Mak Iti?? 😋😋😋



        Selesai breakfast Cik Ein & Cik Bidin kata nk follow kami tp geng depa hat lain tak siap lagi… so depa suruh kami gerak dulu… dan jumpa di sana.
Ok Klik Klik dulu depan hotel dengan Cik Ein sat… 

Dok ada salji dah sikit2 tu

      Let’s go on the mission…90km dari Hotel hahaha, kami memulakan perjalanan dari Kayatas hotel menggunakan google offline map yg Pak Khalil download siap2. Eh2…tiba2 ternampak spot cantik pulak tepi jalan ni… kami berenti sat posing 











  Klik Klik lagi… tapi sat ja sbb ada seekor anjing tu ikut Mak Iti pulak …haih laju la kami lari p kat keta hahaha 


    Jom ikuti pengembaraan kami yg keluar masuk kampung ,yg lalu jalan sunyi fuh memang mengerikan haha.. Awal perjalanan dah ikut jalan sesat haha mana la si map ni bawak kami p dah la minyak pun nk habis.. Pak Khalil tak ikut map dh.. lani target nk cari stesen minyak. Lepas isi minyak baru ikut map balik… haaa baru dia bwk p jalan highway legaaa… Cheh ingat lega dah tiba2 dah masuk satu simpang ni mai satu keta 4x4 kata jalan depan tutup..so depa suruh kami patah balik ( sila maklum bercakap dalam Bahasa ayam dan itik hahaha) yg kami faham ICE saja hahaha.. So Pak Khalil terus pusing keluar dan teruskan lagi ikut google map. Hah takut pun ada sbb masa tu jalan sunyi sangattttttt … tak da apa di kiri dan kanan… kemudian masuk pulak satu pekan kecil yg terpencil (serupa kawasan lepas perang) pun seram jugak sbb depa tengok semacam jaaa haha



   Teruskan lagi… Eh masuk satu area ni cantik kot tanah lapang di selaputi salji putih ..tup tup Pak Khalil berenti nak bergambaq katanya… anak2 malas layan dh ibu abah depa yg keja nk ambik gambaq jaaa hahaha ..

                               Selfie di tengah jalan raya




   Jalan ke depan sikit ada sebuah perkampungan di mana jarak antara  rumah ke rumah agak jauh. Berenti lagik ambik gambaq hahaha

                              Gambar kt umh org





     Back to the journey… masuk highway… tak jumpa2 jugak IHLARA valley ni ..Mak Iti dah mula seriau.. siap kata kt Pak Khalil “Jom patah balik” hahaha kena la seketoi dah sekerat jalan ajak patah balik hahaha.. dalam hati tak putus berdoa sbb jalan tu sunyi tak ada keta pun… Alhamdulillah kat depan sikit tu dh nmpk signboard IHLARA VADISI… ok dia dh la tu.. semangat dh sikit.

***Sayangnya Mak Iti tak leh nk share video masa on the way nak p IHLARA ni sbb semua file besaq2... so x dapat la nk nolong...

  Kami dh smpi kt signboard IHLARA apa lagi posing laaa bukti kata dah sampai hahahaha










    Kami mencari pintu masuk ke IHLARA VALLEY..tapi tak pasti pulak Mak Iti sekeluarga masuk guna pintu yg keberapa ya hahaha … hentam saja lah…


     Mula2 ingat masuk2 terus sampai rupanya kena turun sekitar 2000 anak tangga huuhuhu… dan naik balik ikut situ jugak sbb keta kami park kt situ hahaha menangis la kau nak kat situ… dan perjalanan kami di iringi oleh seekor anjing di situ..mula tu takut jugak lps tu Mak Iti teringat dari pembacaan Mak Iti dulu dlm satu blog ni penulis tu cakap mmg akan ada seekor anjing yg akan menemani kita menuruni anak tangga di situ.. tambah2 kalau solo traveler. Ntah laaa wallahualam cerdik2 anjing kat sana.. tp biasalah kita kan mmg takkan pegang dan takut anjing la kan hahaha

    Ni la anak tangga yg harus ku turuni dan daki balik ..haha bertabah lah


Nampak x org dok naik tu.... haa bayangkan 2000 anak tangga hahahaha


    Sesampai di lembah Ya Allah punya la cantik dan tenang suasana di sini… pengunjung masih x ramai… maybe sebab musim sejuk kot.. kami apa lagi Klik Klik laa ntah berapa lama kami stay kat area sini..

Nah la layan gambar kami ja laa.. 






























    Agak lama kami disini niat nak jalan smpi ke Belisirma Village..tp tak kesampaian sbb Adik Mat dok gadoh lapaq dah… pastu Cik Ein pulak dah sampai tapi tak turun ke bawah sebab depa kata takut dh lewat. Tapi sempat lagi dok posing kt dahan pokok ni..masing2 posing mau tak mau hahaha 











Comei kan?? kesian dia kesejukkan tapi dia ada rumah kt sini
mungkin penjaga sini buat kan utk dia

   Kami pun meneruskan pendakian kami semua..masa ni Mak Iti rasa nk terputus nyawa tercabut jantung semua ada laaa… sumpah penat!!!! Sbb waktu musim sejuk oksigen kita kurang lps tu mendaki pulak fuhhhhh mencabar kot utk org yg badan chomell macam Mak Iti.  
    
Ni Mak Iti share gmbr Mak Iti tercungap2 naik tangga ni..





Apa2 pun Alhamdulillah umur masih panjang.. Pak Khalil dok risau dh Mak Iti jadi apa2 masa mendaki tu.

Fuh Alhamdulillah smpi jugak di puncak…rasa nk nangis woi!!! Penat amat 😓

  Cik Ein dh tunggu Mak Iti kat café di sini.. Allah lega dpt rehat sambil minum kopi panas sat.. 


   Masa dok tengah rehat tu Mak Iti dok la belek2 gambar dlm camera.. mai lalu sorang wanita Turki dan cucunya… dok senyum dok kata Guzel kt gambar tu.. lps tu Mak Iti pun buat terrer kan p kata kat dia Cok Guzel ermm… haha terus dia speaking Turkish haha ambik hang padan muka.. dan2 Mak Iti kata No Turkish.. lawak2.. then dia tanya pulak Uzbekistan? Kazakhstan? Haha kembang p la sat kan.. then Mak Iti kata Malezia ooh kata nya ntah dia tau ka tak kat mana Malezia ku hahahaha.

    Selesai minum kami posing sat geng2 makcik ni then decide nk p lunch kt satu restoren di sini…




Jom makan dulu…




        Kami makan dekat sini dan rehat sat..lps tu bergegas balik sebab takut gelap nnt dh tak Nampak jalan.. Hah waktu balik ni confident sikit sbb balik 2 kereta kan ..Dh nk dekat sampai hotel dah… depa berenti pulak …berenti ambik gambaq hehe Mak Iti dgn Pak Khalil ja gedik turun.. Kak Qis dgn Adik Mat tak mau turun sbb sejuk.. 

Klik Klik sat














     Jom balik bilik…kami terus balik ke bilik manakala Cik Ein sekeluarga p makan dulu.. Rehat la apa lagi ..anak2 Mak Iti dah landing atas katil tu lena laa depa. Cik Ein sms kata dia beli mee goreng dgn nasi goreng kat kami utk makan malam… Alhamdulillah rezeki malam ni....dok sat tup2 Pak Bidin ketuk pintu.. rupanya Pak Khalil tinggai kasut kat luaq…kami pun p la lepak sat di luaq masa ni cuaca dh semakin teruk sbb salji makin tebal.. ais tebal depan bilik dan Pak Bidin bagitau kereta depa terkandas di bawah tak boleh naik atas sbb salji tebal. Uish serius jugak bunyinya… lama kami tunggu Cik Ein naik ke atas..baru nmpk muka dia naik..dia pun bagi dinner kami dan kami pun cepat2 masuk ke bilik sbb sejuk…









         Ingat selesai dh cerita utk harini ..tiba2 tengah2 ZZzzzZZZ Pak Khalil kejut time tu pukul 3 pagi dia kata salji turun lebat.. terus Mak Iti bangun pakai jaket dgn boot ..Adik Mat pun terjaga time tu. Nak ikut jugak.. then kami pun keluaq sat p tengok salji lebat sambil Klik Klik
tangga depan bilik kami




Haa ni la depan bilikkami



         Alkisahnya lepas habis klik klik tu Adik Mat kata lapaq Maggie pulak haha.. yg tak best nya hotel ni x dak air panas.. mujur ada roti sikit.. Mak Iti suruh dia makan yg tu dulu ( Actually boleh ja nk amik air panas dlm sinki depa tapiiiii… ntah laa )  Makan la Adik naaa Ibu nak tidoq sbb esk nk mula hari baru… 




Well we will see what is going to happen tomorrow.. hahahaha


Jom tidoqqq