Tuesday, May 9, 2017

VENIZIA


😍 Venice 😍
Kota Cinta kah kamu?

Perasaan Mak Iti pada mulanya hanya lah biasa2 utk ke Venice... tp apabila train dah mula memasuki kawasan pulau hati Mak Iti melompat2 bila nampak air hahaha...excited sangat hahaha. 

Sebenarnya Venice ni macam Penang laa senang sikit nak faham sbbnya Venice jugak ada kawasan tanah besar dan kawasan pulau yg di kelilingi air macam Penang ada Seberang Perai dan kawasan pulau. Tapi uniknya Venice kerana tiada kenderaan di benarkan berada di kawasan pulau... semuanya berasaskan air..Water Bus, Water Taxi ngeh2 teringat Mak Iti harga Water taxi dia mak datok boleh pengsan hahahah. 

Kami tiba di Venice pada 15 Dec 2016, train kami  jenis FrecciaBianca kali ni  berhenti di Venezia Santa Lucia station. Jika anda hendak ke Venice ada 2 railway station so jika hendak direct ke kawasan pulau boleh pilih ke Santa Lucia tapi jika hotel yg anda booking itu terletak di kawasan tanah besar boleh la pilih Venice Mestre Train Station. Jika anda datang dgn kapal terbang boleh la ke Marco Polo Airport, Mak Iti tak tahu cost berapa dan bg Mak Iti lagi seronok naik train sbb boleh tgk view sepanjang perjalanan. Kawasan keretapi di Venice tidak la besar mana, bila kami jalan keluar dari station terus ternampak air. Mujur dah google siap2 lepas keluar train station nak ikut jalan mana ke hotel. Ya Allah syukur sangat2 sbb jarak hotel dgn train station tu dekat ya amat! Seperti biasa hotel2 di sini letaknya di celah2 lorong..Masa kami sampai tu awal lagi so kami di benarkan utk tinggalkan luggage kami sementara menunggu waktu utk check in. 

Kami di beri city map oleh pihak hotel. Mak Iti pilih Hotel Il Mercante di Venezia. Staff Hotel sangat baik,sebelum sampai di Venice lagi Mak Iti dah beberapa kali contact Hotel ni melalui email dan respons mereka sangat cepat (pls consider different time zone ya kalau depa x balas on the spot).Hotel ni sesuai utk kami berdua..tak besar dan tak kecik..ngam ngam ho! 

Pengembaraan kami pun bermula... Jom tengok Venice dari lensa kamera Mak Iti dan En Suami. 
Pilih station ini ye utk ke pulau

Selfie dulu..view lps keluar dari train station


Ni lah train station dia

Kami decide nak naik jugak Gondola seorang Euro 80 ( amik kau) hahaha tapi kalau dah mai takkan tak naik kan...terpulang pada diri masing2.. Mak Iti pilih utk merasa jugak naik Gondola tu yelah kata pun mai honeymoon apa salah kita naik kan ... lagi satu tujuan utama kami naik tu ..supaya kami dpt view kawasan dia macam mana sebelum kami on foot nanti. Okay.. jom naik Gondola Cinta Di Venice





Dicelah2 kehidupan masyarakat Venice..di sini lah tempat mereka mencari rezeki

Ini adalah kawasan perumahan penduduk Venice




Habis ja Gondola ride kami meneruskan aktiviti jalan kaki kami jelajah Venice. Nak kemana ya.. Oh ya Alhamdulillah masa Mak Iti jejak Venice bandar ini tidaklah penuh dgn pelancong..jadinya tak ada masalah nak bergambar..mungkin sbb musim winter yg mana siangnya cukup pendek jadi org mungkin memilih utk tidak melancong ke sini. Tapi bagi Mak Iti waktu mcm ni la best nak jalan2 sbb org tak ramai cumanya kita kesuntukkan waktu sbb siang pendek..tapi takdak hal lah.. asalkan tempat2 yg Mak Iti dah listkan nak melawat di setiap kota itu tercapai. Layan gambar jom!
Awal pagi kedai2 masih byk x buka



Murano Glasses..Kalau berkesempatan pergila Murano & Burano ( Mak Iti x sempat)







Berlatar belakang kan Rialto Bridge ( bridge kat sini semua lebih kurang bentuknya) 



Marco Polo

Abg Gondola... mencari rezeki 

Piazza San Marco









Waktu ni dah tgh hari tp kabus masih tebal





Setelah penat berjalan hampir separuh pulau..kami decide nak balik dgn menaiki water taxi atau bas, tapi bila bertanya kan harga taxi..dia kira sorang Euro 60 perghhhhhh pengsan mak... kalau 2 org Euro 120 = MYR 600 gila ka apa... sudahnya kami jalan ke depan lagi mencari water bus alahai sorang baru berapa Euro ja kalau naik bas... tak ada beza nya naik bas dgn taxi cuma bas berenti byk station tp Mak Iti rasa mmg x berbaloi la naik taxi gila mahal.. Itulah kenangan Water Taxi vs Water Bus kami 😁😁😁. Dah tgh hari perut pun dh minta di isi... dan kebetulan ada 1 restaurant ni betul2 dekat lorong sebelum masuk ke hotel kami. Singgah la kami utk merasakan Spaggeti Italiano( rasa spaggeti yg sgt sedap) dan Mak Iti dpt jugak merasa Gelato Italy...sedapnyaaaa. Happy!!!
Lapaq dh ..mkn dulu naaa

Sedapnya pasta seafood ni.. 

Merasa jugak Orinal Gelato Italy

Abg buat kebab... hehe 

Silalah ke Quanto Basta.. merasai pelbagai pasta, pizza,kebab & gelato

Lorong nak balik ke Hotel kami 


Bayangkan kami dari station S.Marco -> S.Giorgio nak ke Ferrovia (bacaan dari kanan ye)

Sebelah petang pula kami jalan2 lagi sekitar situ nk melihat suasana malam disini.. dan berakhir dgn dinner take away di Quanto Basta lagi hahaha ( mlm ni kita mkn kebab pulak). Lps ronda2 kami blk ke bilik dan kemas apa yg patut sbb esk nya nk bertolak ke Florence. Seperti biasa tiket ke Florence kami dah beli masa kami sampai awai di pagi tadi. 


Abaikan muka beminyak sbb dh letih hahaha

Suasana malam Venice
Selamat mlm Venice... dan keesokkan harinya seawal pagi kami dah bersiap2 nak check out. Tapi sebelum tu kami keluar melihat keindahan suasana pagi di Venice (sbb breakfast pun x ready lagi awai lagi kak oooi) 
Jom tgk awal pagi Venice.

Kelihatan Water Bus sedang memulakan operasi mereka.

Mencari rezeki sebaiknya di awal pagi
Sejuk sangat...

Yeah breakfast dh ready


Bye Venice..... 


Kaunter yg sedia membantu anda... mereka bukan jual tiket ya!


Bye Venice....here we come Florence


Syukur kerana berjaya menjejakkan kaki ke bumi Venice yg tak pernah Mak Iti mimpi pun nak sampai.. Alhamdulillah tapi jika nak kata Venice bandar romantik...maaflah Mak Iti rasa Verona lagi romantik.. (ini  personal perception Mak Iti..harap maaf andai ada yg tak puas hati) 

Tapi nak share jugak video ni..simpan buat kenang kenangan di blog. 



Apa2 pun Mak Iti bagi 4 bintang untuk Venice kerana hospitality penduduknya

Ciao!!!