Sunday, October 15, 2017

COUNTING DAYS

Our Next Trip

In shaa Allah Mak Iti dan Family akan bercuti  pada bulan January nanti…

Tak sabar nak bawak anak-anak.
Trip kali ni memang khas untuk anak-anak… sebab trip last year dah jadi trip Honeymoon kan hihihi…
Ya Allah permudahkan la perjalanan kami sekeluarga nanti..selamatkan perjalanan pergi dan balik kami nanti.

Winter please be good and nice for us…speacially for our kids since they really into it… Nak main salji … nak buat snowman ( ke Ibu yg nak buat snowman ni hehe)


KEMANAKAH KITA????? 
OUR NEXT DESTINATION TO BE ….. 

Wednesday, October 4, 2017

Beg Hilang? Tak Sampai? Macam mana nak buat???

Assalamualaikum….
Di sini Mak Iti nak share pengalaman Mak Iti dan En Suami kehilangan beg semasa penerbangan dari Rome->Athens->Istanbul.
Pesan Mak Iti..jangan sesekali Panik ya … memang tak di nafikan perasaan sedih+risau+frust+takut semua ada bila beg kita hilang kan/ tak sampai .
So di sini Mak Iti sertakan cara2 nak handle situasi ini :
1-     Pergi ke “Lost luggage offices” dan beritahu detail2 kita kepada pegawai yg bertugas
·       Bording pass ( yg paling penting) depa akan mintak nk tgk sbb nak tau flight detail kita
·       Beritahu warna beg,
·       Jenis beg ( backpack or any other types)

2-     Bertenang ( jangan marah kepada pegawai yg bertugas)
·       Dari pemerhatian Mak Iti mmg ada saja passenger yg akan marah pegawai yg bertugas.

3-     Ambil gambar beg siap2 sebelum boarding
·       In case dorang minta gambaran beg kita, at least kita dah ada gambar beg so in shaa Allah akan memudahkan kita juga

4-     Travel insurance (coverage utk lost luggage)
·       In case beg anda betul2 hilang selepas 30 hari, maka anda boleh la claim dgn insurance company yg anda ambil.

5-     Rajin-rajin lah follow up dan jika tak nak melibatkan international cost , rajin-rajinlah check online status beg anda.
Di sini Mak Iti sertakan contoh2 form dan semakan online yg Mak Iti buat.
Alhamdulillah beg Mak Iti selamat tiba di Malaysia selepas 15 hari hilang dari radar hehehe, tapi dorang hantar balik sampai KLIA ja mujur adik Mak Iti ada di sana so boleh la minta tolong dia pergi ambik di Airport.

Di sini Mak Iti nak share form dan web yang Mak Iti guna dulu : 
Resit yg di keluarkan oleh pihak Lost & Found Airport


Sentiasa check online menggunakan File Reference number yg di beri

Delivery in process dah..so tunggu ja lah beg anda akan kembali tak lama lagi 😁 

Yeay..Akhirnya beg dh selamat sampai fuhhhh


Link ni ada share lebih detail utk prevent atau cara2 nak handle beg yg hilang. 

Selamat membaca.



~Rome~Athens~Istanbul ~

19 Dec 2016 ~ Rome~Athens~Istanbul

          Seawal 6 pagi kami dah check out, terima kasih Hotel Piram Staff, hospitality depa sangat bagus. Oleh kerana kami check out awal pagi… mereka bekalkan kami sarapan yg telah dah di packed sorang satu… terharu rasa. Kami pun melangkah ke Roma Termini utk mencari platform.. dah jumpa train terus naik dan menunggu masa utk ke airport, train tu akan terus membawa kami ke airport so tak payah transit mana2 dah.
Roma Aeroporto
          Setibanya kami di airport kami mencari kaunter Aegean Airlines utk tujuan nk add luggage sbb tiket kami tidak termasuk luggage. Maybe di sebabkan awal lagi dan kaunter check in pun tak bukak lagi. Kami pun tunggu sampai ternampak staff kat Aegean punya kaunter. Nasib tak berapa baik… bila staff tu melayan kami dengan kasar.. dia x mau pun tgk muka kami.. dan suruh kami mai sat lagi …Ish2 geram betoi..tp sbb dok ingat kita di tempat org maka sabaq sabaq sabaq… then Mak Iti tunggu sampai mamat tu blah… Mak Iti p tanya kt kawan dia yg dah free dari customer… haih elok la pulak kawan dia ni layan Mak Iti..siap explain lagi … macamna nk buat ..utk add in luggage. Legaaaaaaa selesai satu masalah. Di sebabkan awai lagi so kami pun p lepak kt café dan last kopek beli cappuccino Italy sebelum balik hehehe
            Dah habis minum kami pun beratoq la kt kaunter check in… masa ni ramai pulak tourist dari China … haha macam biasa depa ni bising sangat dan tak beratur mengikut peraturan, sampaikan staff airport terpaksa berdiri atas kotak dan suruh depa “LINE UP HERE” hahaha masih terngiang2 di telinga Mak Iti. Kikiki
Atas flight Aegean kami di hidangkan kan sekali lagi dgn halal food as per requested (rasanya gambar makanan Mak Iti dah post dlm post terdahulu) So in shaa Allah tak ada alasan susah nk travel, atau naik flight atas sbb susah nk dptkan makanan halal. Mak Iti selalu berpegang pada kata2 ni “Bumi Allah ini luas… in shaaAllah  Islam di mana-mana” jadi jangan la bimbang… pasangla niat yg baik sebelum kita travel ke mana2. In shaa Allah selamat dan di lindungi.
            Dari Rome ke Athens semuanya berjalan lancar , kami transit di Athens selama 5 jam fuh penat jugak la dok nganga situ. Tp sempat jugak Mak Iti shopping dlm airport haha bukan beli apa pun… beli fridge magnet Greece :-p . Semasa di Athens ada jugak pandangan2 sinis yg Mak Iti terima but dari warga tua…. Nenek tu pandang Mak Iti macam la Mak Iti ni pengganas, walhal Mak Iti dah senyum kt dia.. takpalah husnuzon…. Maafkan ja lah. Flight kami pun dah sampai masa utk berlepas….so dengan semangatnya kami naik flight..maklumlah dh cemuih dok kt airport… tak sabar nak sampai Istanbul ni…
Athena Airport










            Ok kisah sadis kami bermula lepas kami mendarat di Istanbul
Setelah beberapa lama menunggu bagasi sampai… beg En Suami tak kunjung tiba jua…hati Mak Iti mula rasa tak sedap…time tu dh pukul 9 malam…lepastu bila check2 depa kata beg semua dah sampai …sah beg en suami x terbang balik sekali tadi huhuhuhu… Mujur la Mak Iti ada pengalaman nak handle luggage hilang ( refer balik trip Balkan Mak Iti time beg bos Azwar tak sampai di Istanbul dulu)
            So Mak Iti pun p la kaunter missing luggage kt airport tu…buat report semua ( dah la ada masalah Bahasa dengan depa…sbb depa punya English pun tak berapa ok sangat ) dah buat report semua… balik la kami dgn hati yang lara… sbbnya dalam beg tu ada semua barang2 en suami, segala charger,adapter, cable, souviner, baju dan tuala anak2 yg kami beli di Verona… fuhhhhhhhhhhh memang down gila rasa time tu
            Kami pun dengan berat hati ambil taxi utk ke hotel dan check in di Beyazit Han Suites (Apartment favourite kami) So sesampainya Mak Iti utk check in.. owner hotel dh tawarkan diri utk call company celebi kt airport tu utk follow up… dia suruh tinggalkan form tu dekat dia utk dia follow up.
             Mak Iti & En Suami berada di Istanbul dari 19 Dec – 21 Dec. Malangnya tiada khabar berita tentang beg kami huhuhuhuhuhu…Tujuan asal Mak Iti nk tunjuk keindahan bumi Al Fateh kat En Suami tapi dh jadi mcm ni…dia hilang mood terus…huhuhu..mujur la ni bukan kali pertama Mak Iti p Istanbul.klu dak mau meroyan jugak laaa hahaha…

20 Dec 2016
         Pagi tu En Suami kata jom la jalan2 saja… so Mak Iti pun bawak la dia jln tunjuk kawasan sekitar Sultanahmed .. kami tak masuk apa muzium pun… just jalan2 santai… Bos masih moody takkan nk ajak p meronda kot hehe so kami ronda2 kawasan sekitar, p Grand Bazaar… Lalu Topkapi, P Masjid Biru tapi tak masuk pun…next time katanya. Lunch kami di restaurant yg Mak Iti p haritu dgn geng Mak Iti..hehe dh sedapkan ulang p la apa lagi … En Suami pun kata sedap makan kt situ…. Kami x pergi byk tempat… malamnya kami keluar minum kopi dan makan “balik emek” @ kebab ikan. Sejuk gila… tp masih belum salji. Belum ada rezeki bertemu snow white hehehe




Muka org sedih dan susah hati😔






Nasi jugak yg di cari hehe 

Nasi En Suami




Comeinya cawan ni

Dah kosong pun hehe



21 Dec 2016
         Kami ambik airport transfer dgn pihak Beyazit Hansuites, so kami di hantar ke airport seperti yg di janjikan. Sedih sampai nk balik pun x dak khabar berita tentang beg. 
Sejuk pagi seakan cuba menyejukkan hati kami yg lara ..😘




          
             Sesampainya di airport Mak Iti mencuba nasib sekali lagi utk ke kaunter missing luggage tu..punya la susah nk masuk tp Mak Iti try jugak buat muka sedih dan kesian tapi hampa… bila p check “ Sorry we don’t have any information about your beg, we will send your beg direct to Malaysia once we found it” hancur luluh hati Mak Iti dengar mcm tu…
         Dengan berat hatinya kami pun meninggalkan bumi Istanbul dgn hati yg pilu mengenangkan beg yg hilang entah kemana…
Selamat Tinggal Istanbul...In shaa Allah we will be back tak lama lagi dah tungguuuuuuuuuu


Nota : Setiap yg terjadi ada hikmahnya… Dgn kejadian ini..Mak Iti dapat pengalaman baru utk handle missing luggage di negara org. In Shaa Allah boleh kita ambil ikhtibar daripada setiap yg berlaku… 

Nak share video yg membuatkan hati En Suami Mak Iti tersenyum 😘😘😘


Sekian trip Italy Mak Iti & En Suami…
p/s: Mak Iti akan buat entry dan detail pasal hilang luggage tu naaa 


Time flies but memories will remain in our heart.   Love ~ Mak Iti 😍😘😗

Tuesday, October 3, 2017

Rome Part 2

  • 18 Dec 2016 ~ Buongiorno Roma!


              Semangat kami bangun pagi harini… Nasi lemak semalam masih berbaki sebekas so ..kami makan buat breakfast. En Suami dah baca map.. so pagini  kami akan berjalan dari Hotel utk ke Colosseum (1st stop).
View awal pagi ...jalan masih lagi lengang


           Mak Iti dah listkan senarai nama tempat2 yg Mak Iti nak melawat di Rome ni..so meh kita tgk sempat tak terjah semua ni :
  • Colosseum --  Check 
  • Palatine Hill --  Check 
  • Trevi Fountain --  Check 
  • Pantheon – X dan 
  • Roman Forum, --  Check 
  • Piazza Navona, --  Check 
  • Spanish Steps, - X dan 
  • Circus Maximus ( Circo Massimo) --  Check 
  • Testaccio -X dan 
  • Vatican City, sebuah negara berdaulat yang paling kecil di dunia – tengok dari jauh saja
  •            
                Kami sampai di Colosseum awai lagi.. kaunter tiket nk masuk pun x bukak lagi haha.. tp Mak Iti beratoq p la siap… masa beratoq tu sempat jugak buat kawan baru daripada Cyprus dan Santa Rosa .. sembang2 ja dgn depa.. En Suami Mak Iti time tu dok sembang dgn satu brader drp Malaysia ..Brader ni main camera..dia dok tunggu matahari pancar kot celah2 batu di Colosseum ni.  Okay kaunter pun dah bukak.. kami pun beratoq laa… so Mak Iti beli tiket utk 3 entrance sekali ( Colosseum, Palatine Hill, Roman Forum) sebab ketiga2 tempat ni satu area. So kalau beli salah satu tiket jadi mahai balik… lagipun En Suami Mak Iti ni dia pencinta sejarah batu2 ni hahaha so dia mmg excited sgt la nk masuk tgk …so kita layannnnnnnn
    Gambaq2 ni adalah sekitar  Colosseum: 
    Tiket masuk

    Kaunter penjualan tiket 




    Berbeza jumlah pengunjung di awal pagi dan peak time 😉


















    Ni pulak di Roman Forum & Palatine Hill















                        Okay… sempat la Mak Iti tgk  puncak bucu negara terkecil dunia ~ Vatican City dari atas bukit Palatine ni. Kami sebenarnya main redah jaa jalan ikut langkah kaki ja.. tau2 dh atas bukit haha .. sejuk sgt.. ada vending machine apa lagi… Cappuccino laa jawapnya. Lps rehat2 minum kopi kami jalan lagi..kali ni menurun bukit pulak… dan akhirnya sampai la kami di pintu keluar… Wahhhhhhhh rupanya hari Ahad depa tutup main road dan buka utk org awam berjalan2… macam pesta pulak … Banyak sgt Mak Iti tengok tinggalan sejarah depa … runtuhan2 lama yg masih depa jaga elok.






















                        Okay.. jom jalan lagi ..kali ni kami nk p cari Trevi Fontana & Spanish Step. Tapi rezeki Mak Iti hanya setakat Trevi Fontana tu pun nak tercabut kaki p cari hahaha… jenuh tanya org … alih2 dh terlepas Spanish Step punya stop …xpalah nk patah balik mmg pengsan la … Ni la Trevi Fontana tu… depa percaya…kalau sapa2 smpi ke situ dan baling duit syiling masuk dlm fountain tu akan beroleh rezeki mcm jodoh, atau akan mai balik ke situ nnt. Tapi Mak Iti tak buat laaa sebab setahu Mak Iti duit2 yg depa lempaq masuk situ akan di salurkan ke Vatican atau badan2 gereja depa yg lain … so sapa yg tak tau tu xpalah…yg dh tau tu x yah la dok p buat mcm tu.
     
    Ni la Trevi Fontana tu

    Keadaan jalan yg di tutup utk kenderaan pada hari Ahad





    Spot me!!





                Lps ja Trevi Fontana kami pun jalan lagi …igt nk cari restaurant Luna Cepress yg di cadangkan oleh salah seorang blogger yg dah p Italy.  Alih2 restaurant tu pun dh terlepas jauh di belakang tadi…hahaha x dak rezeki lagik laaa… Tapi tak pa…Mak Iti dh beli pisang tadi masa kt Trevi Fontana. Mak Iti jugak sempat beli jersey Roma utk anak teruna Mak Iti di Penang. En Suami pulak shopping souvenir bercirikan Rome utk kenalan di Penang. Jalan2 punya jalan… sampai la kami ke Hotel… letih habaq hang hahaha… kami singgah p cari lunch..


                  Opps lupa cerita.. actually pada 18 Dec tu depa ada buat sekatan jalan , tak pasti pulak Mak Iti ada org buat demonstrasi ka apa ka.. sbb polis mmg dok berkawal ketat di setiap jalan. So masa kami balik ke bilik tgh hari tu mmg nmpk la polis dok jaga… Lps lunch tu Mak Iti beli la jugak Gelato Rome nak rasa kan hehe.
                Balik blik rehat sat… mlm tu kami kluaq nak p beli tiket utk ke Aeroporto hehe (Airport depa laaaa) .
                Kami beli tiket train yg pertama sbb nk sampai airport awal kan . Flight kami ke Istanbul akan transit di Athens, Greece dulu sbb kami naik pesawat tambang rendah Aegean Airlines. Mlm tu kami lepak2 ambil angin malam di Kota Roma.

                 Memang x puas rasanya kalau pergi 3 hari 2 malam… sbb Roma adalah sebuah kota besar yang mengambil masa ribuan tahun membina sejarah dunia… masakan dalam masa 3 hari 2 malam dapat kita cover semua nya… jika anda pencinta sejarah Mak Iti cadangkan utk berada di Rome selama 5 hari. Jika hanya igt melihat Colesseum di Italy ni adalah sangat tidak berbaloi , kerana Rome bukan hanya ada Colesseum… Mak Iti cadangkan pergilah ke Roman Forum utk melihat lebih byk kesan2 sejarah yg lalu… kesan2 tinggalan umat manusia terdahulu yang telah Allah ceritakan di dalam Al Quran.

    Sekian coretan utk Rome… Next Entry Mak Iti akan ceritakan kisah layanan buruk yg kami terima di Fiumicino Airport, Rome dan kisah beg En Suami yg hilang apabila kami sampai di Istanbul .

    Bye Italy… semoga kembali lagi Mak Iti dan En Suami ke bumi bertuah mu.